Jumaat, 10 Jun 2011

Danga Bay I

Danga Bay, Johor Bahru tak berapa nak bahru sangat.

Gua ingat lagi last sekali gua jejak Johor waktu gua join jambori MGB dekat mana pun gua dah lupa. Kali ni gua pergi sana dengan lebih berkeyakinan dan lebih baligh. Saja famili gua buat holiday trip cuti cuti habiskan duit. Kahkahkah.

Ada satu petang gua ajak mak ayah gua pergi cari sotong celup tepung kat tepi pantai. Gua ingat sini sama macam Terengganu. Puas ayah gua pusing tak jumpa jumpa. Akhir kata, gua sekeluarga lepak sini je. Kehkeh. 

Gua bila dah nampak laut cenggini mana boleh duduk diam. Terus gua pasang alat alat konon canggih gua tu. Mak ayah gua dah rela. "Confirm balik lambat ni". Khusyuk gua tekan shutter. Orang lalu lalang pun gua buat tak tahu je.

Bila kena time matahari nak jatuh, tu dia, mak gua terus bawak keluar handphone dia. Ayah gua pun join sekaki. Kakak gua pun sama. Adik gua lagi la. Meriah gua cakap kalah event konon heboh bebudak gig kat KL nuh. Kahkahkah

Apa apa pun gua cukup bersyukur ada famili yang memahami minat gua. Dorang sanggup tunggu tengah panas biar gua puas hati nak ambik semua. Tamak tak tamak perangai gua ni kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...