![]() |
Suria KLCC, Kuala Lumpur |
Shot ni gua ambik dari dalam taman KLCC. Itu hari gua bangun pagi tengok langit macam baru pulang berkebun je, gua terus henjut sini. Puas gua cari port terbaik untuk menekan punat shutter kamera gua. Akhirnya selepas jelingan tajam abang gad peluh mencurah, gua pacak kat sini.
Kebetulan waktu gua shoot tu ada brader Myanmar tengah kutip sampah dalam kolam. Cantik, timing gua kemas. Gua pakai tibai je brader tu dari Myanmar. Mungkin dari Goa gua pun tak pasti. Lama juga gua jadi pak pacak dekat sini. Nasib baik ramai brader brader tengah menembak masa tu. Dah puas gua terus cau pergi masjid berdekatan.
Tapi gua tak nak post lagi gambar masjid tu. Kurang enak pulak bila diteliti gambar tu. Yang penting gua tak payah berebut nak park kereta dalam KLCC. Sebab gua ada port rahsia punya. Kekekeke