Selasa, 26 Julai 2011

Aksi Terlarang Di Port Dickson

Hari minggu itu hari gua dan member gua lebih kurang lapan belas orang berjaya ke Port Dickson untuk ber-'reunion' selama tiga hari beb. Mula mula memang gua was was benda alah ni best ke kalau tak buang masa gua je. Lagi bagus gua hapal Quran kat rumah baru ada AJK masjid panggil offer jadi imam bulan puasa karang. Cis!

Sangkaan buruk gua meleleh. Eh meleset. Program reunion tu memang tiptop letup muahmuah habis la gua cakap sama lu orang. Lu orang yang tak pergi kononnya sebab ada program la ada hal la sila tanam diri hidup hidup sekarang. Kalau tak larat gua boleh support sikit sikit. 

Member member dah besar anjing wo. Gua pun sama. Dulu member gua sorang ni pendek je. Selalu gua buat bahan uji kaji. Sekarang hambik kau dah tinggi dua tingkat. Tapi gua lagi tinggi la kan. Peh riak pulak gua pepagi ni. Kikiki

Hari pertama lepas main bola ala ala olimpik dalam swimming pool, gua cabut senyap senyap angkut kamera berkualiti VGA gua sekali. Ada pulak mamat berkaki simen busuk datang ketuk cermin kereta gua. "Lu nak pergi hisap rokok eh?" Gua reply selamba, "Abah lu".

Gua angkut mamat berkaki simen busuk sekali. Punya banyak ranjau dan onak duri gua tempuh nak sampai port konon sedap gua tu. Sekali dah sampai gua tak banyak cakap terus setting alat alat konon canggih gua atas jeti. Hallamak dengan angin sepoi sepoi matematik lagi. Lu orang kompem jeles sama gua sekarang. Kan? Kahkahkah!

Ada jugak beberapa brader datang tegur gua itu hari. Sorang dengan Nikon D200 montok tersangkut atas bahu. "Lu ambik foto landscape ke?"  "Eh takde la gua tengah rakam foto gajah kat dalam laut tu. Lu tak nampak ke?" Sorang lagi brader apek kawasan Puchong area kilang marmar datang dengan tripod propaganda Manfrotto dua ketul. Datang datang terus henjut area depan kamera gua. Memang gua datang jejauh nak rakam foto lu tengah beraksi ghairah la apek!

Pasir Panjang, Negeri Sembilan


Maghrib je gua cau. Sampai resort bebudak dah takde. Apa apa hal pun reunion memang best. Lu orang tak nak percaya boleh pergi korek hidung sekarang.


Ini budak gua semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...