Jumaat, 23 September 2011

Peluh Ketiak


Foto kat atas ni gua sentap kat kampung halaman gua. Semestinya Kelantan tercinta. Gua memang suka tengok padi muda macam gini. Rasa nak berenang diatas lautan padi je gua rasa. Tambah pulak kalau ada angin sepoi simpulan bahasa. Peh!

Sebenarnya hari tu sepupu gua bertunang. Punya la awal gua bangun ready nak jadi jurufoto tak bergaji. Rupanya majlis tu start lambat. Mana gua tahu. Gua ingat macam majlis sukan sekolah gamaknya. Mesti mau start awal. Sarung seluar trek paras atas pusat, topi sudu leper depan, stokin berkemuncup dan baju sukan design gampang.

Jadi nak mengisi masa lapang, gua henjut motor pakcik gua buat meronda. Ulu kinta punya motor. Lubang kunci pulak longgar. Rosak saku baju melayu gua nak simpan kunci takut terjatuh punya pasal. 

Gua pun meronda selamba. Bila sampai port best ni, gua terus tongkat dagu motor pakcik gua tu. Senget pingang sini sikit, sana sikit, gua dapat la 'framing' yang gua impikan. Cekit! Cekit! Cekit! Galak gua tekan punat kamera buruk gua. Boleh tahan panas masa tu. Berpeluh jugak la setitik dua atas dahi. Steady steady.

Majlis tunang itu hari pun berjalan dengan dua kaki. Cantik, licin, dan Islam Hadari. Peluh gua ada la enam puluh titik menitik dari dahi gua. Mana tak panas ada brader Bukit Larut datang menyibuk dengan kamera Samsung Galaxy SII. Kalau ikutkan hati gua patahkan aje talipon dia cicah air kopi O pekat. Baru abang Long.

Peluh gua bertambah tiga belas perpuluhan tujuh darab sembilan bila kakak sedara gua cakap:

Lu buat la bisnes wedding photography. Free-lance.

Ok jugak. Boleh gua beli choki choki enam batang untuk anak gua petang petang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...