Isnin, 10 Oktober 2011

Basah Pulak

Semalam gua dan keluarga gua telah bersiar-siar di Putrajaya. Alah, tempat gomen makan rasuah tu la. Kaklong gua ada urusan formal fakulti. Jadi gua pun follow la sekali. Duduk rumah bukan buat apa pun. 

Sampai sampai tempat kaklong gua berurusan formal, gua terkesima dua minit. Lama sangat dua minit tu. Dua saat la dua saat. Cantik bebenor tempatnya. Gua tak banyak cakap terus turun tepi tasik. Memandangkan gua tak jangka nak ke tempat macam ni, gua tinggal semua alatan konon canggih gua kat rumah. Menyesal tak sudah gua masa tu. Yang ada cuma kamera dan tangan tembam gua ni. Gua pakai sentap aje lah!


Lokasinya mudah dikenal pasti. Gua pasti akan datang ke sini lagi dalam masa terdekat. Dah lama gua tak merakam foto. Akhir sekali gua rakam masa raya. Foto lain akan menyusul dalam entri akan datang yang pastinya lebih gampang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...