Berangin juga bila ada orang taruk foto yang sama diambil dari tempat yang sama macam gua punya dalam pertandingan mewarna tu. Lu dah terang berderang nampak gua taruk gambar tu dulu yang lu nak potong line apasai? Gua bingung.
Dah lama juga gua tak main HDR. Baru baru ni gua cuba main balik. Ok la sikit berbanding dulu. Dulu gua tak suka teknik pancung HDR ni sebab foto yang dihasilkan akan ada 'halo' disekitar foto foto gua. Efeknya tak sama macam apa yang dilihat oleh mata manusia. Itulah objektif asal teknik pancungan HDR. Nak mimik apa yang dilihat oleh mata kita dengan real dan tak rabun jauh.
Ini gua lampirkan satu contoh HDR gua cuba pagi tadi menggunakan foto di Marina Bay, Johor itu hari dan foto masjid di Wangsa Maju.
Sekiranya lu orang bercita-cita nak main HDR, jaga jaga dengan 'halo' ataupun tompok tompok hitam sekitar foto lu orang. Omputeh kata 'uneven exposures'. Blending tak bagus adalah punca utama 'halo' nak kasi halo sama lu orang.
Sekarang gua dah buat keputusan iaitu nak menjamah nasi lemak ayam goreng mak gua belikan pagi tadi.