Rabu, 6 Jun 2012

Cerita Orang Pahang

Hari Jumaat lepas, emak dan abah aku ada ajak ke Kuantan. Hendak bercuti katanya. Aku follow aje memandangkan aku tengah melangut depan komputer sepanjang masa. Bukan takde kerja, sibuk bekerja. Kahkah bongkak betul.

Jumaat sampai Sabtu kitorang menumpang di Cherating. Boleh tahan juga pantai dia. Cuma tak secantik Langkawi la. Aku hidup setahun setengah kat Langkawi jadi aku hafal sebijik sebijik rasa pasir dan rasa air laut dia macam mana. Air laut Cherating ni kurang asam jawa sikit. Mungkin sebab tak banyak peluh makwe minah saleh macam kat Chenang. Kakaka






Aku perati satu benda kat Kuantan ni. Pergi kedai makan mana mana mesti servis slow nak mampus. Kalau order ikan bakar dengan nasi lauk pauk, mesti ikan bakar sampai dulu. Nasi sampai last. Order pizza dua talam, talam sampai dulu. Pizza sampai kemudian. Nak main bowling, pin bowling sampai dulu. Hairan hairan.

Gangster gangster kat Pahang ni memang taiko. Cincai boncai. Cuma hati dorang jadi lembut bila tengok penyu bersalin. Amende, amende?!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...