Khamis, 26 Julai 2012

Kosong, Kosong

"Kosongg.. kosongggg," nyanyi Dolah Tebu kuat kuat belakang dapur. Kerja memetik buah kurdi dari pagi tadi tak sudah sudah.

Di ruang tamu aku tenang menyilangkan kaki dan mendepakan tangan menadah surat khabar fresh. Aku tilik satu persatu artikel gampang yang diketengahkan hari tu. Dari isu kereta kebal terkandas tepi highway sebab tayar pancit sehingga ke isu seorang bapak mengadu sembelit kepada anak yang berumur tiga tahun. Sesekali tangan aku terasa panas kesan beli surat khabar pagi sangat. Baru keluar kilang.

Boring juga baca surat khabar. Sebenarnya itu kali pertama aku belek surat khabar. Kononnya hendak jadi 'abah-abah'. Aku masuk bilik dan bukak fesbuk. Tersangkut satu post satu senior aku dulu masa kat sekolah terbang.

Budak sekolah buat lawatan ke akademi ElEsia. Canggih ni. Aku pekena link blog tersebut dengan penuh adab sopan Melayu.

Seronok, kagum dengan juruterbang, terinspirasi secara tak sengaja, power terbang, masuk stimulator ( yang ini aku tibai gelak dua gelas ), nak jadi juruterbang jugak.

Benda benda macam tu paling aku lemah sekali. Budak makin ramai nak jadi juruterbang. Kau nak terbang mende nanti? Terbang duit jela.

Kosongggg, kosonggggg.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...