Khamis, 9 Ogos 2012

Kemalangan Berbau la bangang!

Hari Isnin lepas aku eksiden. Panjang cerita dia. Nak cerita panjang lebar pun benda dah jadi. Aku dapat pengajaran dan iktibar sudah. Pengajaran dia jangan kasi apek ketuk melayu. Kahkahkah

Bukan main ralit aku tengok gambor gambor member aku yang dah kerja setiap malam. Dalam ralit tu ada juga terfikir bila nak sampai giliran aku? Penat tunggu setahun lebih ni. Ya orang kata rezeki. Cuma aku belum nampak rezeki aku. Celah mana? Celah gigi menteri pendidikan?

Tapi yang bagusnya member dah kerja ni selalunya jenis tak lupa member. Yang belum dapat kerja pulak sombong melangit. Duduk rumah makan duit emak abah setiap minggu aje. Aku la tu.

Aku segan ni. Segan duduk rumah setahun setengah menganggur. Makan minum mandi berak kencing emak abah aku tanggung. Sepatutnya umur aku ni dah boleh hulur duit bulanan ke emak abah aku. Paling koman pun kasi kain batik dan kain pelikat. Tak pun cikedis. Abah aku minat cikedis.

Betul la orang kata kau takkan tahu benda tu selagi kau sendiri tak rasa. Dulu aku masih mentah dan bangang. Cakap pakai sedap mulut aje. Bila dah rasa ni baru sedap sikit nak jalan mendabik dada. Cis dada macam perempuan nak mendabik apanya.

Gampang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...