Semalam genap dua puluh satu tahun aku hidup. Dari kecik sampai ke besar. Entah mende pencapaian, entah mende pemberian aku kepada masyarakat. Sikit ke, banyak ke, atau takde langsung. Masuk semalam dah dua kali hari jadi aku jadi penganggur. Aku teringat ke arwah 'Abah' (atuk sedara aku) yang aku rapat sangat semalam. Masa aku masuk HM dulu dia paling semangat nak aku belajar. Sakit sakit pun turun KL nak jumpa aku. Masa kes aircraft crashed kat Kota Bahru tahun 2010 pun dia orang pertama talipon aku tanya khabar. Takut takut aku yang terbang masa tu. Tapi Disember tahun lepas dia pergi dulu. Atas sebab sakit teruk. Ajalnya sampai dulu sebelum aku sempat masuk mana mana airline.
"Nanti arif dah kerja, bagilah abah buat haji free sekali." pesan dia kat aku satu masa dulu.
Shait aku rasa sedih lagi tulis pasal abah. Al-Fatihah.
***
Beberapa minggu lepas aku ada kerja di Nilai. Kali ni orang bertunang. Mujur semuanya beres. Rumah cantik, makanan sedap, pelamin macam kerusi menteri, petunang sempoi. Serba serbi kemas. Walaupun habis kerja pukul 2 pagi. Berbaloi setiap shutter count.
Hari Ahad esoknya pulak aku ada kerja di UIAM Gombak. Kali ni orang berkonvokesyen. Yang ini kerja jadi lembu. Diheret kesana kesini. Mujur aku ni jenis penyabar dan tak suka sepak depan depan. Hari Isnin lepas aku ada kerja di UPM Serdang. Kerja konvo juga. Alhamdulillah semuanya beres. Senang bekerja dengan client macam tu. Tak banyak kerenah. Dia ikut cakap aku, aku ikut cakap dia. Benda simple macam ni tak semua orang boleh buat.
Hari Sabtu lepas pulak aku ada kerja di Setiawangsa pulak. Kali ni ibu mengandung. Seronok betul photoshoot yang ini. Client sempoi walaupun krik krik pada mulanya. Senang dorang nak pose itu ini sebab client aku yang ni memang senang bergambar. Takde la pose kaku macam client lain. Sikit sikit nak bongkokkan bahu, ketatkan senyuman, terangkat angkat kening, terbuka buka zip seluar.
***
"Bro kau pakai FX body apa?"
"Aku pakai body DX je bro. D90."
"Oh.."
Kenapa masyarakat selalu berpandangan gambar cantik harus pakai alat canggih? Kalau masyarakat pandai ambik gambar cantik pakai alat menukang biasa biasa sudah pasti masyarakat boleh ambik gambar kedebam kedebum menggunakan alat canggih nak mampus. Ye dak?
***
Korang boleh layan gambar gambar tunang, konvo, dan photoshoot Dena Bahrin dan suami kat sini.
Jangan kencing merata rata.