Sabtu, 3 November 2012

Teong Tak Kisah

Teong tutup semua jenis kipas dalam bilik dia. Hujan hujan macam ni masyarakat berkulit tebal macam popiah je yang pasang kipas. Yang pasang aircond tu jenis setan. Bilik Teong kecil aje. Sebesar biji sawi.

Petang tu Teong berhajat hendak ke pasar. Sambil jalan sambil usha dua tiga makwe berseluar yoga sendat. Kekiri kekanan punggung makwe tu bergerak sambil berjalan. Teong ni memang kaki betina. Ada satu hari ada orang kampung nampak Teong cuba berkokok nak ayat ayam betina.

Sambil sambil usha makwe tu mata Teong terpandang satu mat topi berbadan tegap. Dari segi pemakaian seluar mat topi tu nampak macam seluar bundle. Baru beli malam tadi barangkali. Teong kenal mat topi tu. Teong saja meramahkan mulut bertegur sapa. Cis member lama rupanya.

Sembang punya sembang, mat topi tanya perkembangan aktiviti Teong. Teong jawab biasa biasa je biar nampak kool dan tenang. 

"Sia sia je engko belajar ternak lembu dulu Teong. Sampai sekarang engko kerja tindik telinga apek je. Rugi rugi!", kata mat topi.

Teong dongak ke langit. Mat topi pun turut dongak cuba melihat apa yang Teong tengok. Bam! Mat topi bawak balik penumbuk di rahang dari pasar malam hari tu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...