Jumaat, 21 Jun 2013

Saiful Bukan Kaki Fitnah

Satu petang yang enak enak, Saiful berjemur di luar rumahnya. Saja ambil angin petang sambil hala rokok John putih ke peparu. Enak benar. Iras orang kaya dan senang. Sambil sambil Saiful bersenang lenang, Saiful mengenang kembali zaman belajar di kolej dahulu.

Dahulu Saiful ramai kawan. Ada Melayu, India, Cina, yang campur pun ada. Seronok dia berkawan merata sana sini. Tahun 2010 kawan karibnya pergi mendiamkan diri. Saiful jadi hairan kemana hilangnya member dia tu. Ke sawah ke? Atau ke jeti?

Sampai hari ini Saiful tak mendengar apa apa khabar berita tentang member dia yang sorang tu. Dua tahun lebih Saiful ambil masa untuk memulihkan jiwanya. Ditinggalkan sebegitu serta merta oleh member karib. Sampai terbawa bawa ke dalam tidur. Bercelaru, tak stabil dan hampir gila dibuatnya.

"Pul, masuklah. Dah nak maghrib ni. Engko tu belum mandi wajib lagi." kata emak Saiful secara mendatang dan menggelupur.

"Baik mak, baik."



* * *

"Persetankan perasaan. Cipta memori dan kenangan."

*Saiful bukan seorang yang suka memfitnah pemimpin dan bos. Bukan Saiful itu. Kahkahkah


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...