Selasa, 28 Jun 2011

Gerai Cendol Bertaraf Antarabangsa

Ah cukup mendung langit kat luar tu. Penat gua tunggu kasi clear. Dah lama sangat gua tak merakam. Takpa, biar gua kasi penuh dulu entri berlabel 'koleksi bukan rakaman foto' ni. Kehkeh.

Penat gua tunggu peluang kerja setiap hari. Setiap pagi gua akan on komputer riba buruk gua untuk check akaun surat elektronik gua. Hampa. Tak ada balasan lagi dari pihak berkuasa penuh. Macam mana gua nak kahwin ni?

Mungkin belum sampai rezeki gua lagi. Gua dah sampai tahap nak bukak gerai cendol depan sekolah lama gua ni. Ada peluang cerah kat situ. Bebudak balik sekolah sambar cendol semangkuk dulu baru naik bas sekolah. Hallamak, memang hidup la scene cendol gua nanti. Berniaga dalam dua tiga hari boleh la jadi jutawan dan seterusnya gua akan beli syarikat penerbangan di Malaysia ni. Kahkahkah!

Semuanya harapan. Gua cuma boleh berdoa. Lu orang pun boleh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...