Khamis, 30 Jun 2011

Soalan Cepumas Johamat Kebal

Taman Tasik Ampang Hilir

Petang semalam lepas gua ambik adik gua balik sekolah, gua tengok langit jeling tajam kat gua. "Nak pergi rakam foto ah". Adik gua pun setuju tak banyak cakap. Mungkin dia sedih tengok lemak gua makin bertimbun kat badan ni. Haiseh.

Jadi gua pun angkut la 'set-up' konon canggih gua masuk kereta. Tengah pandu baru gua buat keputusan nak henjut Tasik Ampang. Memang spontan gua cakap. Atau ayat blogger maju 'on the spot'. Ceh. Nasib menyebelahi gua. Jalan tak sesak lagi masa tu. 

First time gua jejak tasik ni. Dulu selalu jugak gua jeling ringan cuit cuit kaki dalam air masa ulang alik ambik kakak gua dari kolej kat Pandan. Ramai betul orang 'into' 'scene' bersenam ni. Gua kecik hati jugak bila tengok brader brader 'lu slim la beb!' semangat berjogging. Gua yang gemuk ni tak ada kesedaran lagi nak turut perintah. Gemuk gemuk.

Memandangkan gua datang awal, gua 'aim' kedai makan dulu. Tapi gua cuma mampu beli air je. Mountain Dew la beb baru nampak macam lepas bersenam. Kahkahkah kuat dusta gua ni. Pukul 6.20 gua pergi port sedap nampak rumput halus keluar dari dalam tasik. 

Ada jugak sorang brader 40-an datang tegur gua masa gua konon tengah khusyu' rakam foto. "Lu ambik gambar matahari terbenam ke?". "Eh takde la gua tengah rakam foto orang basuh baju kena kuah kari roti canai pagi tadi ni." Bukan, gua tak sekurang ajar itu lagi. 

Paling sedap hati gua, "Lu memang ambik fotografi ke?"

Sentap tajjjjam punya wo!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...