Ya gua berjaya memecahkan 'hiatus' tak merakam foto gua akhirnya. Pagi Jumaat gua bangkit dari alam mimpi manis gua terus terbayang pantai. Setelah berjaya bercakap perlahan atau nama lainnya 'slow-talk' dengan ibunda gua, gua bercadang hendak ke Jeram.
Lepas solat Jumaat yang mana ramai makmumnya lebih muktabar dari khatib yang sedang membaca khutbah, bercakap tak sudah sudah, isu politik Cuci 2.58 (upgrade available), gua henjut sana sama adik gua. Perjalanan lebih kurang satu jam suku kaum Dayak dengan laluan berliku-liku kearah Cordova, akhirnya gua sampai.
Dan dan tu jugak perut gua 'offer' penyepak Afrika. Ini mesti kes gua makan nasi padang kat Jawa Tengah tengahari tadi. Gua 'aim' kedai makan berdekatan. Masa tu tauke kedai berpangkat makcik tengah syok dengan 'scene' cerita Indon seberang.
"Makcik, gua nak tumpang toilet. Boleh tak?"
"Ah boleh, lu henjut jamban belakang. Hati hati, getah paip takda."
Gua peduli apa. Jamban tu mengingatkan gua memori jamban kampung gua dulu. Memang kena 'aim' betul betul. Ish jijik perangai gua ni. Kahkah!
Lama jugak gua kat sana itu hari. Lepas gian punya pasal. Badan gua pun dah gigil tengah 'high'. Sikit lagi nak 'overdose'. Adik gua pulak syok dengan 'scene' main kayu tiga. Ada seni jugak bebudak sekarang ni. Heheheh.
Nanti bebila gua kasi naik foto lain pulak. Lemak ah nak kasi naik semua sekaligus.