Waktu gua darjah lima gua ada hati join Tekuando. Tok guru gua masa tu bekas artis terkenal. Tapi time dia datang buat demo kat sekolah gua, gua tak kenal pun dia tu artis. Belum cukup ahli lagi mamat tu.
Ada satu hari dalam bulan puasa, gua rajinkan diri bawak punggung pergi training. Training bulan puasa mesti makwe sekolah gua sanjung lebih. Jadi gua pun tumbuk tumbuk, terajang terajang, tampar tampar, dan cubit cubit penuh azam UPSR. Habis je training gua terduduk kat pondok lesu. Bila gua fikir balik, takda makwe pun 'stalk' gua punya training.
Sementara gua tunggu abah gua jemput, gua lepak dengan member main kejar kejar. Lu orang nampak tak betapa stamina gua waktu tu tengah naik. Kalau setakat Bersih 2.0 tu gua boleh buat sorang sorang je. Lepas main kejar kejar terus hentak punggung atas tanah. Letih beb.
Lipoit datang kearah sinki berdekatan. Tengok gaya dia melangkah memang ada gaya YB. Maksud gua, YB sebelum menang pilihanraya. Lepas pilihanraya YB mana berjalan, semua kuli tolong buatkan. YB duduk rumah layan Spongebob minum teh O kaw segelas bini empat.
Lipoit bukak kepala paip. Dia tadah tangan lalu kumur kumur mulut. "Ahhh sedap. Segar beb."
"Woi lu togok air ka?"
"Mana ada lu ni tak baik buruk sangka. Gua kumur kasi segar mulut ni je."
Gua sememangnya belum baligh masa tu jadi gua tak boleh nak berfikir secara rasional. Maka gua turut angkat punggung gua pergi sinki. Gua buat benda yang sama. Halllah! Memang segar. Padahal dalam hati gua memang gua tahu ada air yang gua telan sikit masa kumur tadi.
Dan proses kumur mengumur terjadi untuk berapa kali entah gua pun tak ingat. Yang gua ingat tekak gua dah tak haus lepas tu.