Rabu, 5 Oktober 2011

Orang Kahwin Jangan Buat Hal

Itu hari kecoh hal Norman & Memey kahwin. Jadi gua sebagai rakyat Malaysia yang tipikal mesti la ambik port. Gua google dan gua pakai tekan je mana keluar dulu. Humakaih! Duit hantaran RM24k? Banyak betul duit gaji artis Malaya ni ya. Gua iri hati juga bila baca artikel kahwin orang kaya macam ni. Rasa rendah diri dan tak optimis.

GPS pun orang buat hantaran kahwin sekarang. Sikit lagi gua rasa orang bagi batang ekzos pulak buat hantaran. Bagi la cekodok seringgit ke, buah pisang setandan ke. Nak grand sikit bagi tikar mengkuang. Jimat la sikit duit lu tu. Kahwin ni bukan bayar sekali je gila. Nak tanggung anak bini lagi. Baik lu guna duit RM24 ribu tu beli susu anak. Memang kembung anak lu minum susu. Gerenti.

Gua dah 'down' ni. Kalau gini la gamaknya orang kahwin. Memang lambat la gua nak menikah. Mana nak cari duit hantaran riban riban gitu. Rompak bank pun belum tentu gua dapat duit sebanyak tu. Bank sekarang bukan ada duit sangat. Setakat mintak duit pecah singgit singgit boleh la dia orang support. Tak gitu?

Norman dan Memey boleh jalan ah. Hantaran ribu ribu. Baju pengantin singkat tak ke bangang? Puih.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...