Khamis, 6 Oktober 2011

Rampasan Kuasa di Apple


Lu kenal siapa brader kat atas ni? Kenal? Steve Jobs namanya. Gua bukannya tahu sangat sejarah hidup mamat ni tapi cukup sekadar gua kenal dia. Rasanya dalam era kita hidup ni, mamat ni antara pelopor besar dalam dunia teknologi. Kalau mamat ni tak ada, memang kelaut la harapan lu orang nak main iPad musim raya. Sambil main sambil jeling sepupu sepapat tengok ada yang dengki ke tidak.

Bukanlah gua nak agungkan mamat ni. Mamat ni pun manusia juga. Tapi itulah, sumbangannya tetap ada. Semenjak mamat ni mati hari ni baru la orang nak agungkan dia. Apa ada hal? Rileks la brader. Dan bermacam-macam angin ahmar gua dapat dalam media sosial. Ada yang kata abah dia orang Islam jugok. Betul ke woi? Kalau betul bagus ah. Dulu waktu gua kecik kumpulan Raihan memang tengah naik lagi. Gua ingat lagi lirik dia orang.
"Iman tak dapat diwarisi. Dari seorang ayah yang bertaqwa."
Wah wah warak pulak gua hari ni ya. Gua sebenarnya dari siang tadi dah ready resume nak hantar ambik alih jawatan mamat ni. Itu pasal gua kaji habis dalam. Nanti gua dah kaya raya dan bongkak, lu orang jangan busuk hati pulak. Bagi la doa sebiji dua kasi gua sedar diri. Boleh? Tak boleh pun gua tak kisah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...