Ahad, 18 Disember 2011

Bacaan Iqra' Awak Salah!

Gua nak buka cerita lama. Lama juga gua simpan dalam lubuk hati gua. Cuma belum ada 'kick' atau tendangan untuk gua tulis dalam blog gampang ni. 

Ada satu hari beberapa bulan yang lepas, anak didikan Iqra' buku warna hijau datang menghadap gua kat rumah. Dia kata dia dah boring nak mengaji lepas Maghrib. Nak mengajak gua membuat rakaman foto katanya. Hek eleh budok ni. Mengaji Iqra' pun menggelupur bibir berbuih-buih. Nak boring boring pulak. Tapi memandangkan gua tok guru Iqra' level bos bos mesti la gua mempunyai otak yang geliga. Gua turutkan aje permintaan budak Iqra tu.

Bergerak la kami dua orang ke lokasi berkenaan. Penat juga daki bukit ni ya. Gua ingat mudah je. Haru juga bila ada kesesakan trafik dalam hutan hari tu. Puas anak didikan gua hon kasi feel 'jam' sikit. Nak dijadikan cerita, tak sempat kita orang nak ber-matahari terbenam hari tu. Apa boleh buat, orang Kolumpo ni lebih minat layan scene 'traffic jam' berbanding matahari jatuh. Ada juga yang kata syirik layan scene matahari ni. Mengikut puak sembah matahari katanya. Gua suruh anak didikan gua setelkan budak tu mengikut kehendak syarak. Jentik lidah budak tu sampai kebas.

Sesampai di lokasi, kami pun memanjat lagi. Tak habis habis memanjat. Bangunan tinggal tu seram juga malam malam. Gua raba kemas tripod Perlis. Ready setting nak hayun mana mana mat dadah. Anak didikan gua cemas tak menentu. Ada ke patut dia bawak keluar lolipop dua batang. Dihulur ke gua sebatang. Gua tepis sampai ke Johor jatuhnya.

'View' kat situ memang lawo. Gua tok guru level bos berotak geliga mesti la tahu mana port sedap. Anak didikan gua dah berbuih mulut eksaited tengok view sedap. Menggelupur betul. Gua steady je setting barang gua. Cekit punya cekit. Gua lipat dan terus balik. 


Foto ni terdiri daripada lima dedahan cahaya. Salah satunya didedah ke cahaya selama 50 saat. Lepas tu gua adun secara manual dalam Fotosop. Lenguh juga tangan dan deria penglihatan gua malam tu. Lama betei nak siap.


Kelas mengaji Iqra' gua akan dibuka untuk pendaftaran sekarang. Kalau ada anak didikan comel termasuk makwe boleh la join scene Iqra' ni. Boleh juga gua buat tunang nanti. Wakaka!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...