Isnin, 12 Disember 2011

Awan Hitam Menghirup Udara Segar

Ada satu hari dalam minggu lepas, cuacanya sedap untuk aku keluar rumah bersosial bersama kamera. Fikir punya fikir, KLCC akan dihenjut dengan laju pada hari tu. 

Sesampai aku kat sana, ramai makwe sedang 'setup' baju sendat berlubang di ketiak kat tepi taman KLCC. Mungkin makwe tu tak mau nampak peluh bertompok bawah ketiak dia orang kot. Kalau aku, aku letak tisu je bawah ketiak.

Aku rilek dulu dalam sepuluh minit kat pondok berdekatan. Brader bangla ada jugak round round mencari mangsa ragut. Kalau dia ada telur besar sikit dia datang la ke arah aku. Itu pun kalau nak makan tripod Perlis aku ni la. Mau berjerawat muka dia kena hayun karang.

Memula aku gerak ke masjid. Menapak macam bahalul ke masjid sambil mengangkut barang barang konon canggih. Tunggu punya tunggu, aih tak naik pulak kaler langit. Secara pantas dan cuai, aku lipat tripod Perlis dan gerak ke jambatan pulok. Sambil berjalan ada dalam 5-6 makwe lari kat sebelah. Aku buat tak layan je kalau makwe nak mengurat. Benda biasa.

Bila sampai kat jambatan, ada dua brader dah siap 'setting' tripod masing-masing. Brader berbaju biru tu memang aku cam sangat muka dia. Dulu dia pernah hutang RM3.56 nak bayar duit nikah. Masa tu zaman pakai duit 1 sen lagi. 

Aku pergi sebelah dia orang dan buka tripod aku sampai satu batang terkena cuping telinga kiri brader baju biru. Aku gelak kuat dua tiga das lepas tu aku buat dek je. Rakam punya rakam, awan hitam terjengket-jengket lalu depan kita orang. Kubis bunga betul la. Sampai maghrib aku kat situ. Satu pun tak menjadi foto aku. Brader baju biru tak cakap banyak terus bla. Lepas dia bla aku nampak ada satu pokok tumbang. Mungkin dia kasi tendangan kecewa sama itu pokok. Sakit wo.

Tak lama kemudian, aku pulak kecewa dan terus hentak kaki atas jambatan tu sampai patah dua. Lepas tu aku bla dengan rilek. Aku menapak ke depan KLCC sebelah jalan raya. Jauh jugak sampai kaki gemuk aku ni jadi lenguh. Paha aku ni kalau nak dibuat lauk nasi arab pun boleh aku rasa. 

Punya la ramai manusia berstatus pelancong kat port depan KLCC tu. Semak kepala aku menengok sekor sekor. Aku rakam dua tiga keping foto dan ready nak hentak kaki lagi sekali. Tetiba datang brader berstatus apek Cina,

Toceng toceng ah?
Aku tengah panas hati masa tu dia boleh tanya soalan dungu? Tak banyak cakap aku terus kasi penampar pengajaran sebagai cenderahati ke negara jiran. 


Foto kat atas ni aku jana (bukan bana) dari tiga keping foto. Setiap sekeping terjana dari 4-5 exposures menggunakan teknik HDRI. Aku jahit ketiga-tiga keping foto secara manual dan ini la hasilnya. Tak seberapa.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...