Khamis, 8 Disember 2011

Makwe Flat Main Mata

Cuaca bandaraya Kuala Lumpur ni tak menentu sekarang. Payah gua nak adjust masa kasi ngam. Kalau kena gaya, cuaca molek. Kalau tak kena, kuyup la gua. Nasib baik badan gua tough macam anak Chef Wan tu. Kalau tak malu aje gua depan makwe.

Ada satu hari dalam minggu lepas gua ke flat berlawanan dengan Tasik Ampang. Gua tak tahu siapa menang dalam perlawanan tersebut. Pandai pandai dia orang setel sendiri. Apa yang gua kisah, foto dan foto.

First time gua sampai situ. Sorang sorang pulak tu. Anak buah gua semua sibuk mengaji SPM. Budak budak lagi dah nak jadi gangster. Kubis bunga betul. Jadi bila gua sampai gua terus henjut lif flat tu sampai ke tingkat enam belas. Lif terkopak sana sini bebudak kurang gaji zahir kopak jual kat cina berseluar pendek berbulu halus nampak tak nampak. Brader depan gua geleng kepala tak henti henti. Rilek la brader, gua kopak kepala lu karang.

Susah rupanya nak cari port sedap area situ. Segan jugak gua lalu lalang depan rumah orang yang dah berbini. Yang masih bujang tu gua tak kisah. Lagi lagi makwe. 

Akhirnya gua pacak tripod Mongolia gua kat tepi tangga aje. Situ je gua nampak potensi besar untuk gua dapat rakaman yang terbaik. Potensi bukan Potenza. Potenza tu jangan percaya. Bohong belaka!

Sementara gua tunggu matahari membenamkan seluruh anggotanya termasuk tapak tangan dan siku, gua lap peluh manis gua dua titik pakai baju Fred Perry original gua bawak tadi. Gua tak main barang tiruan dari Kedah atau Johor. Takde telur. 

Tetiba bunyi lif 'keting!' berbunyi. Gua toleh kebelakang, sorang brader keluar terbongkok bongkok heret kotak aiskrim sambil memegang sebatang loceng berkuasa bateri. "Keliling keliling!" bunyi loceng brader tu. Gua tak banyak cakap terus ciutciut panggil dia. Sedap pekena aiskrim sambil menunggu ni. Pergh

Sesi matahari terbenam tak berapa nak cantik masa tu. Mungkin niat tayamumnya tak betul barangkali. Jadi gua ke sesi 'plan B tanpa faedah' gua. Blue hour. Dapat jugak la blue hour gua itu hari. Tapi disebabkan blue hour ni akan keluar beberapa minit selepas maghrib, maka gua sedikit goyang dalam kegelapan dan rumah flat yang kosong lagi sunyi. Sekejap sekejap gua toleh ke belakang takut ada yang cuba menggeletek gua sampai mati. Gua dah ready penampar Bosingwa masa tu.

Cakap banyak tak guna. Ni hasilnya yang tak segampang mana.


Foto ni dijana dari dua foto. Setiap satu foto dijana dari 5 exposures HDRI dan gua jahit kedua dua final foto tadi dalam Photoshop. Kalau tak pandai boleh jadi kepala bana yang dahsyat lu orang nanti.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...