Khamis, 24 November 2011

Isu Gua Kahwin Empat

Itu hari gua dan seorang budak under gua terjah Putrajaya. Saja tukar angin main kawasan orang kaya pulak. Asyik main area orang kebanyakan je. Tak up la gua. Mind set macam ni yang bagus. Sentiasa 'up' dari orang lain. Celaka.

Masa gua berniat dalam hati secara halus nak terjah Putrajaya, gua dah aim satu masjid. Masjid ni memang lawo. Kalau depan rumah gua memang gua terus join tabligh. Dah lama gua nak ke situ. Gua roger sama budak gua.

"Halo Ajis, lu turun Putrajaya sekarang dengan gua. Angkut R8 tu sekali. Senang nak parking."

"Baik brader long. Bini brader yang empat ni tak nak bawak sekali?"

"Tak payah. Gua dah suruh dia orang main Saidina tadi."

Sampai aje di masjid, gua riki area dulu. Takut takut ada musuh gua mau 'ambush'. Keji betul teknik ambush ni. Gua tak pernah turunkan ilmu ambush kat budak budak gua. Bila line dah clear, gua pacak tripod buatan Belgium Timur gua steady atas tanah. Budak gua sekadar bukak tripod buatan Perlis dengan jelingan berani berani takut. Gua dehem secara acah acah. Lutut dia terus pecah dua.

"Apa lagi lu tunggu, tembak aje sesiapa yang lalu. Biar dia orang kenal siapa gua."

Arah gua secara angkuh dan Ong Kim Swee.

Ini foto gua tembak itu hari. Masjid Besi Waja namanya. Tapi sekali gua berdehem dah kemik. Buatan Malaysia bukannya bagus sangat.


Gua terlepas sunset petang tadi. Member gua kata cun nak mampus. Argh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...