Isnin, 14 November 2011

Gua Baru Lempang Anak Orang

Tengah sedap gua hirup teh petang kelmarin, datang dua hulubalang kampung gua di muka pintu. 

"Brader, langit cerah petang ni. Jom pergi menjerat burung dua tiga baldi."

Tanpa banyak budi bicara sebagai brader long, gua masuk ke dalam. Gua pakai sauk aje seluar mana yang dan kat almari usang tu. Alatan menjerat burung turut gua sentap dari pintu Ferari buatan Cina milik abah gua. 

"Ayuh!"

Sesampai aje gua di lokasi menjerat yang dah hulubalang gua riki dua tiga hari lepas, gua keluarkan sebilah parang dan memancung hulubalang pertama. Gua pun bingung kenapa gua pancung kepala mamat dungu tu. Nampak gangster sikit. Hulubalang kedua berubah riak wajahnya risau memikirkan nasib muka berjerawat di bawah hidung tiga sukunya. Gua buat rilek aje.

Alat gua kasi setup. Kaki tripod gua kasi kangkang luas-luas. Bodi kamera gua hentak secara kasar di tapak 'quick release plate". Alat kawalan jauh gua pamerkan dari dalam beg.

Wah ramai betul orang masa tu. Apa takda tempat lain kau orang nak bersiar-siar memeluk pinggang makwe berbodi kerengga? Tak kurang juga mamat-mamat poser berjalan dengan skinny jeans dan baju "Saya Masih Ingat Tuhan" di depan dan "Tapi saya bodoh" di belakang sambil memangku setongkol DSLR di leher masing-masing.

Naik rasa amarah gua on the spot. 


Gua lempang sebaris mamat-mamat poser sekali hayun. Tumbang tak berpaling budak-budak tu. Heh


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...