Khamis, 3 November 2011

Alat Gampang Baru Masuk

Maafkan gua sebab dekat dua kali game bola gua tak update blog gua yang gampang ni. Sibuk sikit sekarang ni memandangkan gua baru dapat sepucuk email menghalokan hal kerja gua. Jadi gua tengah kelam kabut mau setadi sana sini. Tapi solat dan mengaji gua tak lupakan. Makan apatah lagi. Semalam saja gua lapah dua ekor kerbau Belgium untuk dinner.

Kejadian mengujakan telah berlaku beberapa hari selepas hari kejadian gua diraikan sepelosok Fesbuk. Kalau tak ada sistem notifikasi fesbuk yang agak bagus dalam hal ehwal hari jadi orang, memang kebulur la gua nak dapat ucapan selamat dari peminat peminat gua diluar sana. Luar negara, luar rumah, luar gua. Semua tak tinggal ucapan. Ok gua patut mulakan sesi penggampangan kejadian yang terjadi.

Gua dah dapat alat canggih baru! Hallamak memang canggih gua bicara. Setakat iPad iPhong iMakkaumengumpat iLiur boleh pi jahanam la. Gua punya alat merakam yang baru ni mampu merakam foto yang luas. Ya, inilah alat yang gua idamkan selama sembilan bulan. Macam baru dapat anak pulak sembilan bulan tunggu baru dapat. Tapi bila pulak gua buat anak? Ish.

Alat rakaman gua juga mampu menghidupkan palang-palang lorong SmartTAG di pondok tol hanya dengan satu senyuman ikhlas. Dengar cerita ada badi benda alah ni. Gampang lagi!

Ini gua lampirkan sekeping foto menggunakan alat gampang gua.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...