Itu hari gua buat keputusan nak ke KLCC merakam dua tiga keping foto. Jadi gua gerak lambat sikit memandangkan kalau gua gerak awal bukan gua buat apa sangat kat sana. Takat memilukan hati hati makwe yang tengah berjogging tu boleh le.
Sesampai gua kat sana, gua tengok langit dah lain macam. Hati gua jadi susah sikit. Awan hitam bawa kutu kutu hitam dia marak ke atas kepala gua. Tengah sedap gua topang punggung atas pemegang besi tepi jalan, air menitis dua tiga baldi. Peh berlari tak cukup trek gua masa tu. Nasib baik bodi gua masih steady.
Gua tumpang berteduh bawah pondok. Ada tiga orang brader jawa tepi, satu pak gad, satu kapel yang mana gua pasti perempuan tu minah flat dan lelaki adalah warga asing berpakaian semat. Tempias hujan sikit sikit kena gua. Habis basah kaki seluar gua dan muka mulus gua masa tu. Yang buat gua rimas kapel dua belangkuk tu ha. Sikit sikit bisik bisik. Raba sini sikit, sana sikit. Amboi gua tengah tengok porno ke. Porno kelas bawahan aje yang macam ni.
Tetiba tok bilal azan Maghrib. Gua tak cakap banyak, gua redah terus hujan nak ke mesjid. Ada gaya Amir Khan jugak la gua masa tu. Steady dan kemas menyusun langkah satu persatu. Ada juga tersadung sekali dua. Tapi gua maintain steady. Itu beza gua dan orang lain. Peh!
Lepas sedap semayang tiga rakaat secara solo, gua menapak balik ke depan KLCC. Pelancong masa tu tengah naik rasa sedap nak bergambar. Sikit sikit mintak gua ambikkan. Lepas orang ketiga mintak tolong, gua campak aje kamera mat saleh tu dalam parit. Mengamuk jadinya. Terus anti-Islam. Kahkahkah!
Keliling KLCC gua berjalan. Mencari sudut sudut konon sedap. Abe polis ada juga jeling nak tumpang bergambar. Tapi malu agaknya nak mintak kat gua yang berjalan dengan seluar berlipat kakinya dan cuma menyarung selipar crocs sebesar bayi lima bulan. Gua rilek je.
Foto ini adalah sejenis HDR. Dijana dari 6 keping foto berlainan dedahan cahaya (exposure) tetapi sama bukaan lens/apertur iaitu f/9. Lens gua paling sharp kat f/9 sebab tu gua selalu pakai.
Brader otai lanskap tilik cuaca pakai jabatan meteorologi. Gua mana boleh saing macam tu. Cis