Khamis, 12 Januari 2012

Payoh betei!

Payah betei gua nak dapat matahari jatuh dengan cantik sekarang. Cuaca dah sedap, awan pulok datang tunjuk muka. Langsi benar mukanya. Gua kalau bukan sebab ada iman di dada, dah lama gua kunyah awan awan tu.


Shot ni gua rakam tiga bahagian. Setiap satu bahagian ada la lebih kurang 5 exposures. Gua HDR-kan setiap satu bahagian. Lepas tu gua jahit ketiga-tiga bahagian untuk hasilkan sekeping foto bertaraf gampang ni. Ada satu keping tu gua pakai exposures sampai seminit lebih. Bahagian bawah tu ha. Pasal gua nak expose betul betul pokok dan bata tu. Biar terang molek.

Orang kata foto ni white balance kemerahan sikit. Dorang tak tahu masa tu baru lepas hujan. Langit pun lain macam dia punya kaler. Pakai sedap mulut je nak komen. Tapi gua malas nak panjang panjangkan. Bab orang komen tapi foto sendiri penuh kurap, memang gua malas ambik port. Kahkah

Nanti entri seterusnya gua taruk beberapa keping foto yang gagal gua rakam aksi matahari jatuh. Lu orang kalau nak rasa kecewa boleh join gua next outing. Berani? Kekeke

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...