Isnin, 30 April 2012

FRU berbogel selamatkan pegawai atasan


Hampir sebulan lebih gua tak merakam. Satu petang minggu lepas, gua buat keputusan hendak ke bandor. Berpinau juga gua berjalan cari port baru. Pusing punya pusing gua tak jumpa port sedap hendak dipanjat. Gua melompat ke atas satu bangunan terabai dengan satu tujahan peha berkualiti modenas.

Masa gua sampai ke atas ada satu brader. Sejuk sikit hati gua bila ada orang kat situ. Pasal tempat ni menakutkan. Walaupun gua gangster, gua masih simpan rasa takut stenbai kalau ada kecemasan. Bila gua mampir ke tepi brader tu, rupanya dia tengah berkemas nak balik. Cilake lu brader. Gua takut ni.

Lepas gua taruk sebijik cubitan pengajaran atas kening brader tu, gua keringkan hati sambung rancangan asal gua. Sssaap! Matahari roger gua dari belakang bangunan.

"Pssst. Lu tengok ni gua nak terbenam. Ambik cepat."
"Ah, kalut la lu ni. Rilek boleh?" balas gua tenang.

Bahasa rakaman: Foto ni gua pakai teknik HDR. 9 exposures untuk HDR aje. Pastu gua taruk dan lunyai dalam Photoshop pakai lagi 4 exposures menggunakan teknik digital blending. Jadi total exposures untuk sekeping foto ni adalah 14 exposures.

Bahasa manusia: Sekeping gambar ini terhasil dari gabungan 14 keping gambar.

Pada mulanya gua hampir berputus asa masa nak edit foto ni. Lama sangat tak merakam. Gua jadi lupa. Terlintas juga hendak berhenti main lanskap. Tapi bila gua fikir balik, nanti gua nak buat mende kalau berhenti. Kakaka

Sebagai pengajaran untuk lu orang; jatuh bangunnya negara melisia terletak pada bodi Proton Waja kaler silver metalik. Bukan pada muncung brader FRU. Apatah lagi selumbar pada tangan pegawai atasan. Kahkahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...