Khamis, 19 April 2012

Pilot: Realiti ke Mimpi?

Ah tiba tiba gua terkenang ke komrad seangkatan gua masa belajar terbang dulu. Bukan senang lu orang dapat tengok seorang gangster berpangkat anak emak jadi keju. Kakaka

Pintu masuk ke hangar. Pintu kecik tula tempat gua merempuh nasib cilake dan nasib kurang cilake kena maki.
Tula kapal terebang satu enjin gua pakai masa mula mula belajar terebang dulu.  Kabin kecik tu tempat gua setelkan dokumen sebelum terbang.
Ni area apron. Parking bay aircraft. Kalau datang A330 semua aircraft kecik kena bawak masuk. Tak lepas nak korner beb.
Masa gua di terengganu. Dia punya panas cuma gua yang tahu.
Masih di terengganu. Masa ni gua jadi safety pilot si Anaqi. Terbang main main je kahkah
Yang ini instructor paling gua sayang. Baik nak mampus. Kalau dia nak jadi PM pun gua setuju. Orang Myanmar layak jadi PM ke?
Perkenalkan Ng Kian Guan. Kitorang panggil KG je. Pilot AirAsia dah budak ni sekarang. Masa kat flying school kerja dia tidur je haha
Hok ni nama dia Ekie. Atlit batch dia ni.
Anaqi lagi. Dia kata dia rock star. Budak ni teman melalak aku dalam toilet time mandi setiap hari. "Korang dua eh yang selalu nyanyi lagu rock kapak dalam toilet tu?" - Unknown juniors. Wakaka
Ini bilik gua selama setahun setengah. Gua modified sikit kasi feel gangster. Patung dan signboard bilik neraka tu turun temurun dari senior gua.

Ni dia batchmate gua. Yang ini gua paling rindu.

Duduk dari kiri: Sarah (gua tak rindu langsung), Qafy (unemployed), Kumar (AirAsia), Ekie (unemployed), Jojo (Firefly), Bjorn (AirAsia), Khairi (AirAsia), Anaqi (unemployed tapi rock star).

Berdiri dari kiri: Ivan (unemployed), Aizat (MAS), KG (AirAsia), Gua (tonggeng di rumah), Aizzat (unemployed), Heiqal (unemployed), Faisal (unemployed), Afiq (unemployed).

Gua harap lu orang terus sukses dan tidak jadi gangster macam gua. Penat nak taip cara gangster ni.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...