Khamis, 20 September 2012

Fotografi dan Aku

Sejak tingkatan tiga aku minat ambik gambar. Iyela tahun 2006 baru emak aku kasi green light pegang kamera keluarga. Zaman aku dulu tak sama dengan zaman budak sekarang. Baru tumbuh gigi dah ada aiped sorang sekeping. Anak sepupu aku siap ambik gambar sorang sorang pakai kamera depan aiped tu. Lagi pelik budak tu jantan.

Masa tingkatan lima baru emak abah aku kasi aku kamera canggih sikit. DSLR. Tapi masa tu tak ramai orang pakai. Jadi upnya pun lebih sikit. Kahkahkah iblis. Dulu aku tak pasti aku suka gambar jenis macam mana. Semua benda aku rakam. Entah mende mende aku rakam masa tu.

Tahun 2009 aku start belajar kat Langkawi. Kamera tersadai bawah katil kat kampus. Kalau outing hujung minggu ke air terjun ke, pantai ke, bawak la juga sekali sekala. Kadang kadang tu bawak je lebih. Ambik gambarnya tidak. Entah mende mende tah.

2011 aku grad. Disebabkan boring duduk rumah aku jadi minat bila asyik tengok gambar lanskap orang ambik dan taruk dalam flickr. Aku pun cuba bidang lanskap ni. Pakai hentam aje memula. Tapi lama lama aku kaji serba sedikit, aku faham seni lanskap. Tak semua orang nampak apa bestnya main lanskap fotografi ni. Segelintir tu pulak tau nak shoot aje, tau nak HDR ajee. Entah mende mende!

Tahun 2012 aku menceburkan diri dalam bidang fotografi perkahwinan. Peh bunyi serupa dapat anak dua bijik! Kahkahkah. Pada mulanya aku cuma join ambik gambar orang kahwin ni sebab nak pakai duit. Kononnya nak cepat kaya. Lama kelamaan aku jadi suka pulak. Seni gambar perkahwinan ni unik. Pelbagai seni boleh dapat dalam satu gambar. Cuma kena rajin buat ulangkaji la. Nak lagi bagus, pergi tuisyen. Kahkahkah! Tapi memang betul wedding photography ni ada la kasi aku duit sikit sikit untuk upgrade barang barang usang. Body upgrade sikit, lens tambah sikit, flash tambah sikit, laptop tambah sikit, nasik tambah banyak. Kekekeke


Dari wedding photography juga la aku start explore still life photography. Mencari sudut sudut seni pada alat alat biasa. Kalau korang nak kembangkan kreativiti, nak mantapkan 'art of seeing', buat la still life photography ni. Sangat membantu.

Apa apa hal pun engko buat la apa jenis photography pun yang penting basic rules of photography kena jaga. Jangan sibuk kejarkan gambar cantik sampai abaikan asas fotografi. Kompem tak cantik! Kahkahkah

P/s: Fahamkan konsep exposure. Exposure tak semestinya bermaksud shutter speed. Cuba kaji dan fahamkan. Ramai orang inginkan gambar meletup beribu ribu like dalam fesbuk. Tapi tak ramai cuba faham konsep 'good exposure'.

Gampang betul entri aku kali ni.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...