Khamis, 13 September 2012

Entri Tak Kesampaian

Kecet kecet kecettt.. Bunyi kipas siling bilik Polot berpusing. Serabut kepala dia tahan bunyi kurang enak tu. Hendak ditutup panas pulak. Polot jadi serba salah. Sambil sambil serba salah tu Polot 'scroll' fesbuk dan tuiter. Boring! Semua cerita benda sama. Tak benda sama, benda ulang ulang. Entah mende mende la bebudak ni tulis.

Polot bangun dari tempat duduk. Yela tempat duduk takkan tempat cuci tangan pulak dia duduk tadi bongok. Dibuka pintu almari buku. Selak punya selak mengharapkan ada makwe terselit dicelah timbunan buku. Tapi yang ada cuma epolet zaman belajar di sekolah terbang dulu. Polot belek lagi sekali. Jumpa lesen terbang tiga buku pulak.

Polot jadi bingung. Dia terus taruk barang barang tadi atas meja dan pergi ke katil. Kroih kroihhh Polot berdengkur.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...