Khamis, 6 September 2012

Polot Makan Lalat

Polot terbaring tenang kekenyangan lepas menyudahkan dua pinggan nasik goreng ayam emak dia masak tengah hari itu. Entah apa emak dia taruk jadi sedap dua kali ganda pulak. Sepatutnya lepas makan mesti la pekena sebatang LM merah baru komplit hidangan tengahari beliau. Tapi lesen emak abah belum dapat lagi, kena la kaver.

Sambil baring atas sofa buruk di ruang tamu rumahnya, Polot cuba berfikir sikit sebanyak hal member dan hal keluarga. Jauh fikirannya menerawang entah kemana mana. Sesekali dua dia tebas angin menghalau lalat sedang bercomolot hendak mengawan. 

"Aku tak kira, sekarang ni member nak lepak ka nak mintak tolong ka, member kena roger aku. Asyik aku aje roger member. Sampai bila member nak belajar dari kesilapan?!" jerit Polot dalam hati.

Bang! Lalat singgah atas batang hidung Polot.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...