Rabu, 28 November 2012

Travel dan Nasib (Amsterdam)

Lepas ke Paris, kami ke Amsterdam. Ke sana naik kereta api aje. Masa naik kereta api ni ada benda bangang sikit. Aku sekeluarga terpaksa duduk satu coach dengan anjing orang. Ada empat orang (hippies kot), bersama empat ekor anjing. Keempat empat duduk depan aku dan abah aku. Emak kakak adik dan nenek aku awal awal dah park belakang. Kahkah cilake.

Aku ni memang takut anjing. Dari kecik aku takut. Dulu area rumah aku banyak anjing liar. Satu persatu pupus sebab ada budak lagi power dari aku baling batu sampai syahid anjing tersebut. Ok aku sambung cerita tadi. Perjalanan ke Amsterdam memakan masa (dengan rangupnya) selama tiga jam. Jadi selama tiga jam aku jadi patung dalam kereta api. Anjing tu besar ye tuan tuan. Sikit sikit datang kearah aku nak bau bau. Apa kau ingat aku ni roti ke nak bau. Tuan dia pun satu hal sibuk layan kartun dalam laptop. Sampai aku kena tepuk bahu tuan dia kasitau anjing dia merayau. Cuak bodoh.

Emak, adik, kakak, dan nenek aku duduk belakang. Tepi tingkap tu abah aku. Anjing anjing semua sebelah kanan aku. Masa ni aku berani bergerak ambik gambar sebab ada makcik saleh ni tengah berborak adore anjing anjing tersebut.
Aku panggil kereta api ni kereta api iblis.

Sesampai di Amsterdam ada pickup datang ambik lagi. Kali ni peramah benar orangnya. Yang syoknya kat Europe ni, pickup yang datang semuanya bawak MPV kelas kelas. Masa kat France datang bawak VW. Kat Amsterdam bawak Merc. Kat London nanti aku cerita. Sabar la setan. Kakaka

Ni la mat driver Amsterdam yang peramah tersebut. 
Kami tak lama di Amsterdam. Sepatutnya dua malam kat sini. Tapi jadi satu malam je sebab ada benda cilake jadi masa kat Paris (extend semalaman kat Paris). Jadi tour ke country side kat Amsterdam (yang mana sepatutnya pada first day kat sini) kitorang dah missed. Babai bunga tulip dan kincir angin klasik. Cilake betul. 

Masuk hotel makan makan sikit terus keluar balik. Tak nak membazir masa mak abah aku kata. Jadi malam tu kami merancang hendak ke Dam Square. Berjalan keluar hotel sikit dan naik trem. Jakun betul aku naik trem ni. Terkial kial. Kakaka gampang.

Berjalan kaki lagi selepas terlepas stesen Dam Square. Kakaka
Dalam trem. Tenang tenang orang Amsterdam ni.

Lorong lorong hitam.
Dam Square dari jauh.
Salah satu lorong masuk. Meriah nak mampus. Macam Wakaf Che Yeh pun ada.



Pose sama setiap gambar. Kakaka
Kat Dam Square ni sepanjang panjang jalan semua kedai kedai best. H&M, Zara, Uniqlo semua ada. Tepi jalan aje brader. 

Terserempak dengan kedai mesin otometik. Burger kat dalam tu brader. Vending machine burger. Kau hade?
Minah ni tengah cuba beli masa ni. Punya happy dia lepas dapat burger tu.




Balik dan tidur. Penat melayan anjing.

* * *

Keesokan pagi semua bangun awal sebab terbiasa dengan waktu makan tengahari kat Malaysia. Pukul 4/5 pagi dah makan nasik. Gampang habis.

Pagi tu kitorang bercadang hendak ke kincir angin klasik. Ada satu je kat pinggir bandar Amsterdam tu. Maka naik lagi trem ke sana.


Orang Amsterdam suka naik basikal. Kat mana mana ada basikal. Siap ada satu lane khas sebelah kanan jalan untuk penunggang basikal. Gentle.


Kat sini banyak terusan. Jalan sikit jumpa terusan. Bersilang silang. Gambar kat atas ni diambil kat terusan bersebelahan hotel aku duduk. Memang nais habis. Tenang nak mampus.

Traffic light pun ada khas untuk basikal. Cuma lampunya kecik terletak kat bawah lampu untuk kereta.

Berjalan ke stesen trem.
Kincir angin klasik yang dicari cari.
Lepas berpuas hati dapat tengok kincir angin klasik, kami ke pasar bunga pulak. Kebiasaannya pasar ni dijalankan atas perahu. Lebih kurang macam pasar bunga terapung la. Tapi masa aku kesana itu hari diorang meniaga atas darat aje. Ombak kuat kot kakaka.


Nenek dan mak aku jenis gilakan bunga. Macam budak budak nanar jumpa cokelat aku tengok dorang dua. Bunga cantik dan pelik kat sini. Bunga bunga di taman syurga je takde lagi kat sini.



Sepatutnya tour country side tu kitorang ke kilang cheese juga. Tapi dah kensel tak dapat la nak tengok macam mana keju dihasilkan. Keluar dari tanah ke dari siling rumah ke tak tahu. Tetiba masa jalan kat sini ada satu kedai keju besar gabak.


Keju bulat bulat macam duit syiling RM1 dulu.

Aku suka bangunan kat Amsterdam ni. Walaupun design sama tapi warna dia syok. Ada dinamik. Kat Paris semua sama kaler nak cekelat muda memanjang. Ppuih!


Basikal, basikal everywhere.




Singgah bergambar sebelum balik ke hotel.
Petang tu kami naik tren ke Brussels. Transit naik Eurostar ke London. Sepanjang jalan abah dan emak aku tidur. Kepenatan layan anak anak.

Masa aku kat stesen kereta api, aku ke jamban sekejap. Ada satu makcik jaga jamban maki satu minah British ni. Terjerit jerit sebab minah tu tak faham apa dia cakap. Makcik tu pun satu hal cakap inggeris macam orang baru jadi bisu.

Masa tengok dia maki hamun tu siap hentak hentak meja aku teringat ke instructor taik aku masa kat flying school dulu. Kapten Rasmus, orang Denmark. Itu memang cilake lahanat punya perangai.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...