Sabtu, 8 Disember 2012

Travel Dan Nasib (London)

Dari Amsterdam naik Intercity's train. Tiga jam perjalanan ke Brussels. Transit kat Brussels naik Eurostar. Kali ni aku lega sebab takde anjing dalam kereta api. Betul betul lega. Kat Brussels semangat aku naik sikit. Sebab aku dah dapat dengar mat mat imigresen British bercakap proper English accent. Kat France dan Amsterdam semua speaking ada accent taik.

Naik Eurostar ke London makan masa tiga jam juga. Jadi enam jam sehari dalam kereta api sahaja. Emak abah aku tidur sepanjang perjalanan ke London. Letih sangat. Letih kena torture mentally aku rasa. Kesian. Cuba sungguh sungguh nak plan holiday trip terbaik untuk anak anak.

Sampai di London pickup tak datang pulak. Cilake aku dah menyumpah masa tu. Sejam melangut kat train station tunggu pickup tak datang datang. Sejuk pulak tu. Akhir sekali sauk teksi dua bijik terus ke hotel. Hotel kat sini kelakar nak mampus. Hotel 4 stars dorang macam hotel dua bintang je kat Malaysia. Overrated woi.

Sampai hotel pun dah pukul 12 malam. Masuk bilik terus tidur tak banyak cekadak. Nak test air kopi hotel pun dah takde kudrat tenaga. Paginya bangun awal makan nasik dan bersiap hendak ke Harry Potter's Studio. Masa ni aku eksaited macam gampang. Perjalanan ke sana view memang terbaik bak ang. Pokok nak melendut lendut aje. Kena dengan lagu slow memang ngam habis.

Layan gambar jela ye? Aku tulis pepanjang pun bukan korang boleh bayang. Kakaka

View dari luar. Macam satu gudang yang besor.





Dalam The Great Hall




Props.
Setiap baju Harry pakai untuk setiap movie ada label yang sangat detail. Power.
Voldermort & Death Eaters.


Gryffindor's common room.

Dumbledore's office.


Wands original yang dipakai dalam movie. Meleleh air lioq!

Death Eater's masks.
Diagon Alley

Umbridge's office
Besar kawasan ni. Besar nok mapuh!



Kedai souvenir. Nampak tangan aku tu? Tengah test wand nak beli la tu. Tengah batak tak tahu nak beli mana satu kakaka
Kitorang tak boleh spend time lama kat situ sebab ada kekangan masa. Jadi aku terpaksa jalan laju dan berterabur ambik gambar. Tak puas sangat. Tapi nak buat guane, dapat masuk pun aku dah girang.

Petang tu kitorang naik tube ke Madam Tussaud pulak. Batak pertama kali naik tube. Kekeke

Adik aku senget.




Depan Madam Tussaud
Gambar gambar kat sini terlampau banyak. Aku malas nak upload kekeke. 

Habis melawat Madam Tussaud, aku plan nak ke Malaysian Hall. Nak makan nasik! Kahkahkah. Maka kitorang ke Queensway malam tu naik tube. Ya tuhan jumpa nasik punya la bersyukur. Padahal baru seminggu di negara orang. Gampang betul. Seronok pergi sini. Sebab jumpa ramai orang kita. 

Balik hotel aku jumpa Halim, member sekolah aku dulu. Dia memang study kat London. Di Imperial College. Sebelum aku bertolak itu hari dia ada kirim serbuk kunyit. Itu yang dia datang jumpa aku nak tuntut kunyit dia kakaka. Keluarga aku dah naik atas tidur, aku keluar lagi sekali dengan Halim. Nak minum air.

Beli air, dan jalan jalan pusing Hyde Park dengan dia. Romantis habis. Kahkahkah

* * *

Esoknya kitorang ada tour sebutir London. Tour naik bas.

Berjalan ke Hilton untuk naik bas.
Suasana pagi di London. Haritu cuaca memang nais. Langit biru habis.


Kalau tak silap gereja kat depan tu la tempat kaum kerabat London menikah.



Dalam gereja.




Lepas melawat gereja gereja, kami ke sebuah taman syurga. Memang cun nak mampus tempat ni. Janda kampung pun tak secun tempat ni brader.





Masa jalan jalan tu aku nampak angsa, itik, dan tupai tanah berlari lari atas rumput. Tupai kat sini jinak sangat. Boleh datang kat orang mintak makanan. Comel nak mampus! Terkesima dua menit.

Tengah try mintak kacang dari pakcik kat situ. Dah dapat sorok dalam tanah. 
Nak lagi. Kakaka


Lepas tu kami ke Trafalgar Square. Tour habis kat sini. Kami bercadang hendak ke Oxford Street. Impian emak aku nak ke situ. Shopping sampai terberak.

Ada pejabat Tourism Malaysia rupanya kat Trafalgar Square ni. Bendera kita berkibar megah dan tegap kat atas bangunan ni.
Nak naik tube ke Oxford Circus. Turun di Oxford Street.
Sampai di Oxford Street. Masa ni kaum perempuan dah kat depan. Aku dengan abah aku kat belakang. Semangat membeli belah dah datang. Kahkahkah iblis.

Pada pandangan aku, Oxford Street ni lebih kurang macam Bukit Bintang kat Malaysia.
Itu aje la yang dapat aku kongsikan sepanjang berada di London. Aku suka London. Antara tiga tempat yang aku pergi, Londong paling seronok. Aku suka sistem London Underground (tube) tu. Sangat senang. Dan train dorang banyak, tak macam tempat kita. Kalau tengok map dia, berbelit train itu ini punya route. Hampir semua tempat boleh pergi dengan naik train sahaja. Power tak?

Cuma bangunan bangunan dia plain la. Sama je semua. Boring. Ibarat Kuala Lumpur, bangunan semua sama macam bangunan Sultan Abdul Samad. Tak ke kome boring nanti. Kakaka

Lagi satu aku belajar tentang travel photography. Travel photography merangkumi semua jenis photogaphy yang ada. Landscape, potraiture, street, photojournalism, still life, macro etc. Jadi memang kalut aku nak setting kamera. Sebab setting kamera aku lain bagi setiap genre. Kalau ada dua body camera sedap sikit. Amboi hint tu, hint. Kekeke


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...