Ahad, 23 Disember 2012

Rindu.

Penat penat penat.

Amboi dah lama aku tak menulis pun penat juga ya. Aku baru balik dari kenduri ni. Kenyang makan nasik minyak. Power betul ayam masak merah tadi. Sikit lagi aku nak terbabas jadi tukang masak tersohor.

Minggu lepas aku baru balik dari Langkawi. Cilake masa sampai jeti aku dah terngiang ngiang bunyi Diamond 40 atas Pekan Kuah. Mesti budak tengah buat Nav. Masa tu aku kontrol ekspresi muka sepanjang masa. Biar nampak kool dan tenang. Dalam hati memang rindu nak mampos nak terbang balik.

Sampai jeti pun aku terus intai arked tempat kitorang selalu main nak hilangkan stress kena maki dengan instructor dulu. Intai Baskin Robbins teringat member ajak setiap hujung bulan datang makan askrem murah. Intai mat mat kereta sewa teringat brader kereta sewa yang kamcing masa belajar tahun 2009-2010. 

Masa ke Pekan Kuah aku nampak Langkawi Fair. Teringat pula ke tempat karok sampai putus putus nafas. Teringat juga kedai jam. Teringat juga kedai CD port cari CD game baru. Ke Kuah, ternampak Haji Ismail Group. Teringat borong cekelat setiap minggu buat bekal dalam bilik. Itu pun sorok takut roommate pau. Kakaka. Tengok Coco Valley teringat teman KG beli liquor nak bawak balik KL. Tengok rokok teringat bisnes maju yang dijalankan di dalam kompaun HM Aerospace kahkahkah!

Aku terkilan sikit tak dapat ke Matsirat. Kalau ke Matsirat-Chenang-Pantai Tengah-Marina Bay-Telaga Tujuh-Datai pasti aku lagi siksa. Masa kat Langkawi itu la aku sedar aku rindu nak mampos nak ada dengan kawan kawan balik kat situ. Sedih tu memang sepanjang masa. Tapi yela kontrol kool brader. Tengok pantai pun teringat member ajak petang petang lepak Chenang layan sunset sambil minum redbull sorang satu. Pekena ABC dan cendol tepi airport tengok MAS dan AirAsia land dalam keadaan crosswind yang padu. 

Rindu. Sekadar rindu. Member dah maju. Kau bila lagi bahalul.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...