Bagi aku lens mudah dan versatile adalah potrait lens. Potrait lens ni ada banyak jenis. 35mm, 50mm, 85mm, 135mm dan pelbagai range lagi. Aperture bagi lens ni selalunya besar besar untuk dapatkan bokeh yang sedap dan gemuk. 2.0, 1.8, 1.4, 1.2. Kalau korang kaya boleh la beli lens Leica yang ber-aperture f0.9.
![]() |
50mm f1.4D |
![]() |
35mm f1.8G |
Aku ada seketul je potrait lens. 50mm f1.4. Dulu aku ada 35mm f1.8G. Tapi aku jual dan tukar ke 1.4 sebab bokehnya yang tak dapat dibendung. Tapi 35mm f1.8G ternyata lebih sharp. Dan focal length 35mm sesuai untuk mereka mereka yang malas mengangkat punggung bergerak kesana kesini. Selalunya orang beli 35mm sebab bila shoot indoor angle tak terhad. Shoot pakai 50mm lebih mencabar sebab korang terlalu rapat dengan subjek.
Itu hari masa shoot outdoor aku mengalami satu masalah yang iblis. Disebabkan lens aku adalah 1.4, jadi bila shoot tengahari terik, shutter aku tak cukup laju untuk memerangkap cahaya. Contohnya aku bagi, kalau lens f2.0 di shoot pada waktu yang sama shutter speednya adalah 1/4000. Jadi bila aku shoot f1.4 shutter speed aku perlu jadi 1/8000. Masalahnya kamera aku shutter speed paling tinggi cuma 1/4000. Disebabkan shutter tak cukup laju, maka gambar aku rekam jadi overexposed gila babi.
Tapi aku jumpa penyelesaian serta merta. Memandangkan aku ada ND filter masa aku shoot landscape dulu, aku keluarkan. ND8 (3-stop) dapat mengurangkan shutter speed dari 1/8000 ke 1/2000 je. Kalau nak tahu apa itu f-stop yang aku duduk bebel dari tadi, f-stop ni ada formulanya. Meh abang ajar meh.
Korang hafal je nombor f-value atau aperture la senang cerita.
1.4
2.0
2.8
4.0
5.6
8.0
11
16
22
dan seterusnya cari sendiri.
Apa kegunaannya? Begini.
Contohnya aku shoot f1.4 dengan kelajuan shutter 1/8000.
f Shutter
1.4 - 1/8000
2.0 - 1/4000
2.8 - 1/2000
4.0 - 1/1000
5.6 - 1/500
8.0 - 1/250
11 - 1/125
16 - 1/60
22 - 1/30
1.4 ke 2.0 adalah satu stop. Jadi shutter akan berkurang sebanyak setengah. 2.0 ke 2.8 adalah satu stop, jadi shutter akan berkurang lagi setengah. 2.8 ke 1.4 adalah 2 stop. Pandai pandai la korang mengira.
F-stop ni sangat berguna. Untuk landscape terutamanya. Nak main slow shutter kena pandai mengira. Tapi toksah la bawak kalkulator kahkah. Sama juga dengan ND filter. Kalau ND8 (3 stop), dia akan kurangkan f stop sebanyak 3 kali. Kalau ND400 (9 stop), 9 kali. Itu yang korang boleh buat slow shutter tengahari buta bila pakai filter ND400.
Sekian ceramah aperture aku hari ni.