Rabu, 9 Januari 2013

Gambar Before-After

Itu hari aku ke kedai printing nak submit album storybook client. Sementara tunggu kat kaunter tu aku belek belek sample albums yang dorang taruk atas meja kaunter. Gambar semuanya gambar yang tak diedit pun (aku rasa la). Sayang. Pengantin bayar mahal mahal, dapat gambar yang biasa aje. Nampak cantik sikit pun sebab pakai speedlight. Amende?

Kalau aku la yang kahwin, baik aku panggil member yang ada 'style' atau 'taste' sendiri dalam mengedit gambar. Biarlah dia tak pernah ambik gambar wedding pun. Yang penting ada seni. Ini tidak, cas mahal mahal gambar macam gitu je. Tak berbaloi brader.

Dan aku pernah banyak kali alami situasi dimana masa shoot wedding akan ada beberapa 'brader brader' berkamera canggih nak meninggal. Semestinya aku ada sedikit rasa insecure dan menggelabah bila brader brader (baca: Saiful Ning; gelaran aku bagi) ni nak shoot gambar pengantin juga. 

Tapi bila aku balik rumah dan tengok brader brader tadi request nak jadi kawan kat fesbuk, aku tengok gambar dorang ya tuhan. Sedih sedih sedih. Bukan nak kata gambar aku meletup kebabum ke apa. Tapi dengan gears dorang yang power dan layak dikenakan zakat tu aku expect gambar yang terer la.

Ok cukup dengan aduan aku hari ni. Entri kali ni aku nak share sikit macam mana post process gambar gambar aku sebelum dan selepas. 



Secara amnya macam ni la sebelum dan selepas setiap pasca proses (amboi) foto aku. Kadang kadang lebih ekstrim. Aku suka tengok balik before/after setiap kali lepas edit gambar. Rasa puas hati lain macam.

* * *

Sekali lagi aku gagal. Takpe, perancangan Allah itu yang terbaik.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...