Selasa, 5 Mac 2013

Peristiwa Memetik Buah

Zamir terbaring sedap melepaskan lelah. Lelah ke sekolah mengambil adik bongsunya dari sekolah. Terik betul hari tu. Terkentut kentut Zamir telan air liur. Tekaknya kering. Kalau dapat air asam boi sedap benar rasanya. Zamir terus baring sambil sambil menggeselkan ibu jari kaki bersama jari sebelah.

Lama Zamir merenung hari itu. Zamir kini masih bujang. Baru sahaja habis belajar. Belajar pun pinjaman duit emak dan abah dia. Nak minta dari MARA, tak dapat. Kini Zamir menganggur mencari kerja. Kadang kadang bila orang tanya, "Kau buat apa sekarang Mir? Menganggur lagi ke?" Zamir jawab, "Iya la. Takkan aku jadi tokey bedak pulak."

* * *

"Engko nak keluar lagi Mir? Perabis duit aje engko ni."

Zamir senyap. Iye, kalau orang lain kecewa, bengang, mendapat, menyirap Zamir masih menganggur, Zamir lagi berganda ganda kecewanya. 

Apa kau ingat sedap menganggur sepanjang masa?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...