Selasa, 5 Mac 2013

Dena Bahrin dan Suami: Ulasan

Tepi sikit aku dah lama tak menulis.

Amboi tajuk entri aku seperti tabiat tajuk akhbar Utusan pulak.

Itu hari member aku ada tanya macam mana aku buat kerja. Aku jawab dengan baik dan hati hati. Ramai orang ingat aku edit semua gambar yang aku rakam. Oh tidak sama sekali. Contohnya satu sesi photoshoot aku rakam 300 keping gambar. Hanya 60-80 keping gambar akan aku edit. Itu pun dikira banyak.

Serba sedikit tentang proses bagi setiap photoshoot:

1. Buat sedikit kajian beberapa hari sebelum sesi merakam. Kaji komposisi apa yang patut dicuba dan apa yang patut dielak. Asyik asyik modal komposisi sama, boring la!

2. Mula mula jumpa client, aku akan cuba memecahkan bongkah air batu. Orang putih kata break the ice. Proses ni penting. Kalau tidak masa shoot nanti client jadi kaku macam air batu. Bahu ternaik naik tak nak turun, kening dikerut secara tak sengaja, dan senyum plastik habis. Kita mencari sesuatu yang lebih semula jadi.

3. Habis shoot selalunya aku kasi client aku kamera untuk dia tengok balik hasil rakaman foto sepanjang sesi tadi. Biar client rasa bersemangat untuk tengok foto yang dah siap diedit. Kadang kadang ada juga jurugambar yang segan dan tak yakin nak bagi client tengok gambar Raw (belum diedit/straight out of camera). Aku tak peduli.

4. Balik rumah aku akan tapis sekali pandang foto foto aku. Kemudian aku pilih mana aku nak edit.

5. Susunan aku edit adalah dari awal hingga ke akhir. Ada orang suka edit part akhir sebab banyak gambar best akhir akhir. Aku tak. Sebab gambar akhir yang best (kononnya) tu aku jadikan sebagai motivasi untuk terus edit dari awal sehingga ke akhir. Kalau tidak, bila dah siap edit gambar akhir, gambar kat depan depan malas nak edit sebab kurang best. Maka jadi la isu menangguh kerja, client maki, dan future client tak berani nak ambik aku sebagai jurugambar mereka.

Jadi ni aku persilakan gambar before-after. Dari sesi photoshoot maternity Dena Bahrin dan suaminya haritu.



Begitulah sedikit sebanyak gambar sebelum dan selepas dari aku. Tapi dorang dua ni aku tak perlu edit banyak pun. Pasal baju dan tempat aku shoot dorang ni memang kena dengan style aku. Senang nak diedit.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...