Jumaat, 15 Februari 2013

Kekeringan Luar dan Dalam

Akan sentiasa ada hari hari yang mencetus beberapa perasaan tak sedap dalam hati. Sepanjang dua tahun sebulan ni aku banyak belajar. Walaupun aku cuma duduk rumah.

Aku belajar macam mana nak bersedia. Aku belajar macam mana nak hadapi rasa takut. Aku belajar macam mana nak rempuh walaupun hati aku kata 80% aku tak boleh buat. Aku belajar macam mana nak handle kegagalan. Aku juga belajar macam mana nak kawal emosi apabila pemikiran pemikiran 'mengenang nasib' datang setiap kali sebelum tidur.



Dari segi penggunaan Twitter pun aku sudah kurang mengambil bahagian. Bukan tak berminat. Tapi aku tak tahu apa patut ditulis. Sebabnya hari aku sama aje setiap hari. Kering idea. 

Aku lebih suka buang masa di cafe. Sambil minum air aku perhatikan orang dan persekitaran di sekeliling aku. Kadang kadang aku angkat kamera ke mata dan rekam beberapa helai foto. Tenang begitu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...