Jumaat, 17 Mei 2013

Gua

Hari hari gua bangun awal sejak dua tiga hari ni. Entah kenapa gua suka terjaga awal. Mungkin ada jin atas bumbung rumah berkenan kat gua dan kejut gua bangun pagi. Hebit gua bila bangun setiap pagi adalah duduk ditepi katil. Masa ni gua akan merenung lantai sambil tangan menggentel gentel bantal busuk baru gua (yang lama emak gua suruh buang, memudaratkan orang lain katanya).

Gua akan duduk begitu selama 15-30 minit. Gua akan proses data data dalam kepala dan tanya soalan lazim seperti; 

"Apa gua nak buat hari ni?"
"Ada cerita nak kena download ke?"
"Ada gambar nak kena edit ke?"
"Ada album nak kena buat ke?"
Soalan soalan lazim seperti itulah gua putarkan dalam kepala. Dan selalunya gua takde jawapan, terutama bagi soalan pertama. Parah betul gua ni.

Sekarang ni akaun fesbuk gua pulak kena block. Fesbuk kata akaun gua adalah palsu. Padahal yang palsu sepalsu palsunya adalah team bola JDT kakaka. Jadi gua tak boleh buka fesbuk buat masa sekarang. Masa depan gua tak tahu sebab gua bukan malaikat. 

Gua harap lu orang dalam keadaan yang baik baik sepanjang masa. Jaga mulut, jaga perasaan orang lain dan jaga juga diri sendiri. Akhir kata, jaga baik sikit. Kahkahkah!


Hidup gua begini sejak Januari 2011.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...