Isnin, 6 Mei 2013

Buang Undi

Semalam pertama kali aku ikut emak aku pergi mengundi. Boleh tahan scene mengundi ni dia punya naik. Tak macam zaman dulu. Mengundi sekarang ni dikira benda yang terkenal dan boleh mendatangkan duit. Kahkah

Aku keluar rumah agak awal memandangkan aku tahu budak muda semua tengah mengangkang atas katil. Jadi sebelum orang lain pergi baik aku pergi mengundi sementara tak ada orang. Betul jangkaan aku. Tak sampai setengah jam, selesai mengundi. Masa tu aku rasa dunia ni aku yang punya. Bukan Amareka punya. 

Sambil sambil tu aku perhati gelagat parti parti berkempen saat akhir. Boleh tahan juga meriah dia. Anak muda tolong tolak kerusi roda makcik tua. Anak kecil merengek tersepak batu lalu tersembam ke jalan tar. Brader selesai mengundi berjalan megah dan terhenjut henjut sambil hidu rokok elektronik. Tak kurang juga makwe Barisan Nasional berambut perang berjalan ke hulu ke hilir memperaga rambut dan badan. Malangnya perut berlipat sikit.

Manchester United kalah malam tadi. Cilakak.


Mak aku gembira lepas membuang undi. Dakwat kekal dua minit.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...