Selasa, 16 April 2013

Selamat Satu Tahun, Bella.

Semalam merupakan ulang tahun kelahiran kucing aku, Bella. Sekejap aje dah setahun umur budak tu. Baru kelmarin aku tengok dia kecik macam kuaci. Hari ni dah besar panjang, berbulu lebat dan pandai nak mengawan.

Nama penuh kucing aku adalah Bella La Vista. Nama pendek Bella aje la. Dia ni jenis tak sekolah, berak banyak, makan banyak, dan tak suka duduk bermalas malasan kat dalam bilik di siang hari. Dia gemar duduk di tingkat bawah rumah aku. Port biasa dia lepak adalah depan pintu dan tepi tingkap.

Ada sekali tu aku tutup pintu bilik aku, dia tak dapat nak masuk ke toilet. Mungkin dia dah tak tahan sangat nak berak, dia pergi lepas seketul depan tv. Seketul je. Selalunya dia berak ada la dalam dua tiga ketul. Kakaka. Bella ni satu lagi perangai dia, dia tak suka mengiau macam kucing lain. Dulu aku ingat dia bisu. Dia cuma mengiau bila ada hal penting je seperti mesyuarat PIBG, aktiviti kerohanian atau bila ada orang buat logo universiti pakai donat. Kahkahkah!

Jadi aku lampirkan beberapa keping gambar Bella.


Gambar gambar ni semua diambil dengan bantuan pegangan kakak aku. Kalau tidak Bella ni asyik nak lari aje.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...