Jumaat, 18 Oktober 2013

Fujifilm X100S

Itu hari abah aku ajak teman dia ke bengkel kereta. Memandangkan kereta abah aku ada masalah gearbox, aku turutkan aje. Nak derhaka karang masuk neraka. Tak ke naya. Kekeke

Masa on the way tu aku ada lalu Sg. Besi. Aku jeling sekilas ke deretan kapal terbang yang ada kat situ. Lama betul aku tak hadap runway dilengkapi threshold, 1000ft marker, dan PAPI lights. Kebanyakan kapal terbang adalah dari kelompok pesawat ringan. Royal Selangor punya rasanya. 

Dah cecah dua tahun lebih aku tak terbang. Kaki aku ni gatal nak tendang rudder pedals. Tangan aku gatal nak tonyoh control stick. Pusingkan ailerons dan elevators. Main throttle, main flap, main landing gear.

Rindu bangang.

Apa apahal pun aku nak buat review sikit pasal Fujifilm X100S. Kamera kompak berkuasa dewa. Baru seminggu aku berjinak dengan kamera kecil molek ni. Puas, tak tipu. Bagi orang yang sering heret DSLR besar dan berat kesana kemari menembak itu ini, bila dapat kamera kompak tapi features penuh dan berkualiti, aku jadi batak. Sebab aku boleh letak kamera ni dalam clutch aku je. Muat dan siap boleh taruk benda lain lagi.

Benda paling aku suka adalah design dia. Fujifilm sememangnya terkenal sebagai pengeluar filem sejak dulu. Kini Fuji taruk balik design retro dia tu ke dalam X100S. Sekilas pandang mirip rangefinder camera. Shutter speed's dial ada kat atas. Exposure compensation's dial pun ada kat atas kamera. Aperture's dial ada pada lens. Sebiji macam kamera filem. Jadi tak perlu la korang on kamera nak tengok setting apa korang tengah pakai masa tu. Jenguk je dial tu dan korang boleh tahu sekelip mata.

Autofocus laju. Well, tak selaju 7D. Tapi bagi aku dah cukup laju untuk kamera tu. Bukannya aku nak shoot sports pun kan. Manual focus dia tak tipu works superbly. Ada dua options. Satu focus peaking. Satu lagi split image. Dua dua mode ni diambil dari filem kamera. Aku dah cuba dua dua. Focus sangat tepat. 

Macro mode dia pun boleh tahan. Boleh focus sedekat 10cm dari kamera. Cuma aku tak recommend guna autofocus dalam mode macro ni. Kadang kadang focus tak tepat. Better guna manual focus je. 

Bagi strobist, korang mesti suka gila kamera ni. Sebab korang boleh shoot dengan sync speed selaju 1/4000s. Laju anjing kan? Kamera DSLR paling canggih pun paling laju 1/250s. Sebab X100S ni dia pakai leaf shutter. Shutter lebih senang ditutup dan amende tah lagi aku pun tak berapa nak faham tapi dia membolehkan sync speed yang power. Shoot pakai speedlight biasa pun dah cukup terang pasal shutter speed yang tinggi dapat kawal ambience exposure. Kalau rasa nak shoot shallow depth of field boleh tekan built in ND filter (3 stops). Canggih tak? Tekan je butang, bam, dapat ND filter sebiji kat depan lens. Sangat power.

Banyak lagi kelebihan X100S ni tapi aku cuma nak highlightkan part tu je. Sebab itu yang paling aku suka dan praktikal untuk everyday shooting. Bagi sesiapa yang sukakan kualiti DSLR tapi tak sanggup nak berhijrah ke mirrorless camera sebab selalunya kualiti gambar macam najis lembu, go for X100S. Tak rugi bro. Kecil, berkualiti. Especially for street photographers.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...