Khamis, 15 Ogos 2013

Pung Pang!

Aku perati ramai anak anak muda yang sedang naik dengan scene merekam foto 'high' dengan pergaduhan dalam fesbuk. Masing masing mengenengahkan ideologi brand kamera masing masing.

"Kamera aku buatan Jerman. Semestinya bagus. Tengok saja pada binaan sosej Jerman. Begitu berteknologi, mirip buatan syurga."

"Kamera aku buatan Jepun. Kau tengok keretapi peluru Jepun, ada problem?"

"Kamera aku buatan Amareka. Walaupun aku takde duit, aku tetap nak bergaduh kat sini. Kamera aku kamera terbaik!"

Aku tepuk dahi mamak kat kedai masa aku baca komen berjela jela bebudak tu. Mamak tersebut tak marah langsung. Malah meminta tepukan yang kedua. Aku bagi jela. Benda orang suka.



Bagi aku, tak perlu memenatkan badan bergaduh sana sini memperjuangkan brand kamera masing masing. Aku guna je mana yang aku rasa elok dan sesuai dengan poket seluar aku. Setiap brand ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pilih la mana yang kau rasa sesuai.

Pung pang pung pang bergaduh pun bukannya tokey brand tu bagi lu komisyen. Gampang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...