Isnin, 12 Ogos 2013

Raya ke mende?

Sejak dulu, raya bukan saja satu perayaan bagi aku.

Ia juga satu ukuran.

Ukuran sejauh/sebanyak mana aku dah capai dalam tempoh raya tahun lepas-raya tahun ini.

Itu hebit aku.


Masa aku tengah tunggu nak board aircraft, aku ternampak kelibat member. Sekilas pandang aku tahu itu Jojo. Berjalan longlai macam biasa. Beruniform lengkap Firefly. Tangan kanan bimbit plastik kuning, tangan kiri bimbit beg hitam. 

Dia nak fly ke Ipoh. Kecewa juga bila dia tahu aku nak ke Kota Bharu. Teruja benar dia nak fly aku. Siap request ke kapten flight aku suruh bagi aku jumpseat dalam kokpit. Berborak sebentar di kerusi berdekatan. Sampai la dia kena panggil masuk aircraft.

Aircraft Jojo ke Ipoh. Kalau zoom bebetul, kat depan tu nampak kepala berambut halus tengah prepare flight.



Walaupun aku ni bukan jenis suka kampung, tapi kampung ni memang tenang. Mujur aku bukan jenis hisap rokok. Kalau tak memang tenang sampai mabuk.

Arwah tok aku. Tak sempat jumpa dia pun.


Tak reti nak taip mende dah ni. Aku belanja gambar jela ye. Kekeke



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...