Selasa, 14 Januari 2014

Hari #Seterusnya La

Ralit benar aku sampai terlupa nak update hari hari lain.

Lepas aku blade dua hari berturut turut (dan tergolek dog sepanjang masa), hari kedua aku terus demam. Hampir seminggu juga aku layan scene demam. Seminggu aku tak main. Lepas kebah, aku main balik. Kali ni aku berjaya blade tanpa tergolek anjing. Sekali pun tidak. Kemudian aku jadi angkuh dan terus bermain setiap hari.

Lepas tu aku perhatikan wheels setup aku masa tu tak berapa nak ngam dengan jalan tar. Mudah bergegar bila lalu halangan seperti daun kering, ranting kayu, jalan bepermukaan kasar dan kangkung goreng. Bila lalu je, mesti nak tersadung. 

Aku pulang ke rumah dan mula mengkaji asbabnya. Rupanya kalau nak main atas tar perlukan roda yang lebih besar diameternya, dan lebih lembut untuk serap hentakan. Roda aku masa tu kecil je dan cuma bersaiz 50mm. Orang guna untuk buat tricks di skatepark. Ah, gampang.

Jadi hari ni aku ke kedai dan beli roda baru. Roda kali ni lebih megah dan sombong paras rupanya. Saiz 80mm dan kekerasannya cuma 84a sahaja. Balik ke rumah aku terus cuba main. Ambik kau, licin benar. Sebab saiz dia besar, dia cenderung nak pergi laju. Aku berdiri statik pun dia nak jalan. Ni jenis degil la ni.

Susah juga nak ejas bagi biasa. Mujur tak tergolek. Aku tak nafikan roda besar ni memang laju anjing. Aku daki curam tadi pun masih boleh luncur. Lalu daun dan ranting besar pun boleh bongkak dan sindir daun lagi. Punya la steady tak bergegar. Cuma belum biasa lagi. Kena selalu main la ni.

Aku nak petik satu pepatah menarik aku dapat dari satu blader ni.

"Falling is living."

Kalau tak jatuh masa main, kau takkan berjaya main blade. Semua orang mesti pernah jatuh punya. Tapi betul, masa aku mula main dulu aku jatuh berpuluh kali dalam masa dua hari. Bila dah selalu sangat jatuh, aku jadi suka pulak. Sebab aku rasa puas masa jatuh tu. Rasa macam sedang berusaha dan mencuba. Sekarang aku dah tak tergolek dah. Alhamdulillah.

Begitu juga dengan hidup.

Kau patut risau bila Tuhan tak uji kau. Kerana ujian itu tanda Tuhan sayangkan kau.



Miau.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...