Sabtu, 28 Disember 2013

Inline Skating: Day #1

Hari pertama aku cuba main inline skate. Sebenarnya sejak kecil aku teringin benar nak main. Tapi emak dan abah tak bagi kebenaran. Bimbang kata mereka. Aku akur.

Sekarang aku dah punya wang sendiri. Jadi aku ke kedai siang tadi dan beli sepasang. Aku beli sekali semua pad perlindungan dan helmet untuk tujuan keselamatan.

Petang tadi aku keluar ke kawasan perumahan aku dan buat pertama kali aku cuba meluncur. Susah rupanya nak imbangkan berat tubuh (yang sangat berat) dan pergerakan badan. Bila dikira balik, paling kurang lima belas kali aku rebah mencium jalan berturap tar.

Ada jatuh disebabkan tak seimbang. Tapi kebanyakannya disebabkan jalan yang berselimut dengan daun daun kering dan juga ranting kayu. Tak kurang juga jalan yang berlubang disana sini. Sekarang telapak tangan aku sengal sengal bisa. Mujur juga aku pakai pad keselamatan tadi. Kalau tak dah jadi mumia kulit aku menggelupas sana sini. Berbaloi.

Walaupun aku jatuh banyak kali, aku tak boleh berputus asa. Esok aku nak cuba skate meluncur DUKE masuk NKVE dan seterusnya ambil exit Subang Airport. Lepas tu aku nak makan Subway satu baris. Lepas tu aku balik rumah dan teruskan kehidupan seperti normal.

Nak berjalan pun kengkang, ada hati nak ke Subang. Kahkahkah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...