Rabu, 11 Disember 2013

Jaket

"Abang, abang berjaket kulit hitam ni tak panas ke?" tanya seorang budak berbadan sederhana dan bertahi lalat di dagu. Dua tiga helai bulu halus terbit dari bulu di tahi lalatnya.

"Abang kesejukan ni. Bukannya abang sengaja pakai begini. Engko apa tahu?" aku balas sambil menguis tanah pakai ranting kayu.

Budak tu diam merenung batu besar di lereng bukit. Mungkin sedang memikirkan soalan kurang cerdik tadi. Sesekali dia berdehem menahan air mata jatuh ke pipi. Baru nasihat sikit dah kecil hati. Aku buat buat tak nampak sahaja.

Tiba tiba datang seekor mawas besar dibelakang kami. Susuk tubuhnya mirip pelawak berdiri di Istana Budaya. Matanya merah. Hidungnya kembang kempis menahan mengah. Bibirnya mugil. Bergetar getar entah kenapa. Dia seolah olah hendak bertegur sapa.

"Bang, kiblat arah mana?" tanya mawas tadi secara beradab dan tidak gopoh.

Selepas itu kami semayang bersama sama secara harmoni.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...